Lirik Lagu 333 Batu – Faizul Sany

Lirik Lagu 333 Batu – Faizul Sany
4.33 (86.67%) 3 votes

Desup lajuku pandu
Kuda tua di lebuh raya
Ulang tayang silapku
Terus menyerang jelas terbayang

Dan namun kiniku tahuku salah
Otak resah gelisah memikir cara tuk memujuk
Kamu apa cara pun belasah
Walau jauh kan ku redah

Merah jingga sinar mentari depanku
Terbentang luas langit nan biru
Pagi hingga malam terus ku memandu
Takkan hentiku mencari takdirku

Merah jingga lampu radio berkelip
Lagu cinta mengubati luka
333 batu takkan hentiku mencari takdirku

Aku sedar kau hampa
Menungguku beri jawapan
Bodohnyaku tak endah
Terlepas pandang terlepas peluang

Kini memang ku tahu ku salah
Otak resah gelisah memikir cara untuk memujuk
Kamu apa cara pun belasah
Walau jauh kan ku redah

Merah jingga lampu radio berkelip
Lagu cinta mengubati luka
333 batu takkan hentiku mencari takdir

Walau bahaya ini harganya
Ku harap parah yang padanlah dengan muka
Walaupun samar aku tak gentar
Ku tahu kamu destinasiku

Ku tahu pasti kau destinasi