Lirik Istimewa – Indigo

Lirik Istimewa – Indigo 2.33/5 (46.67%) 3 votes

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa teristimewa

Chorus
Daku berikrar wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku
Di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam aku terbayang
Kau istimewa buat ku tenang

Istimewa
Istimewa
Siang malam ku terbayang
Kau istimewa

Ulang Chorus

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin bermadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curahkan cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh percayalah
Ku perlu cinta dari wanita nan istimewa
Beri ku cintamu nan istimewa