Lirik Cinta Berkarat – Senario

Lirik Cinta Berkarat – Senario
5 (100%) 3 votes

Kalau kerana cinta
Memang lelaki dah cukup ‘terror’
Kalau bercakap pula
Gunung tinggi boleh jadi rata

Biar papa asalkan bergaya
Duit poket tak cukup tak apa
Hutang berjela buat-buat lupa

Verse
Malam minggu yang lalu
Bawa awek tengok cerita hantu
Tapi malang nasibku
Dia datang bawa teman baru

Bentuk badan macam orang utan
Gaya lagak ayam masuk pekan
Meluat aku
Jumpa lelaki perasan

Sayang wahai sayang
Badan begitu memang tak padan
Bimbang jangan bimbang
Kau kan merana berbulan-bulan

Takut aku takut
Badan yang gemuk kan tinggal tulang
Kalau cinta sudah berkarat
Gula batu rasa kelat

Ulang Daripada Verse

Bimbang jangan bimbang
Kau kan merana berbulan-bulan
Takut aku takut
Badan yang gemuk kan tinggal tulang

Cukup tidak cukup
Kasih bagimu bukan ku seorang
Kalau cinta sudah berkarat
Gula batu rasa kelat

Kalau cinta sudah berkarat
Gula batu rasa kelat