Lirik Bunga Api Di Hati – Shila, Stacy, Fara Fauzana & Leya

Lirik Bunga Api Di Hati – Shila, Stacy, Fara Fauzana & Leya 4.50/5 (90.00%) 10 votes

Bilakah kau kan tiba
Hari Sabtu jam tiga
Tak sabar nak berjumpa
Dengan semua teman lama

Ku kirim hadiah kota
Ku kirim khabar desa
Aku di sini (oh oh)
Engkau di sana (oh)
Tetapi kita masih kita

Chorus
Riangnya
Bertemu lagi
Bagaikan bunga api di hati
Pabila
Bersua kembali
Bagaikan langit memekar
Berwarna-warni

Kau mesti ke rumahku
Sepertinya selalu
Mata pasti tak pejam
Bercerita sepanjang malam
Dulu kisah remaja
Kini kisah dewasa

Aku di sini (oh oh)
Engkau di sana (oh)
Setahun sekali berjumpa

Ulang Chorus

Inilah masanya
Menyambut kepulangan
Hari yang penuh gembira
Mesranya dakapan dalam suasana ini
Bagai bunga api
Yang berwarna warni
Bagai bunga api
Yang berseri-seri

Ulang Chorus