Lirik Bahagia – Dayang Nurfaizah

Rate this post

Lama telah ku nanti pertemuan ini
Bagai dilamun mimpi
Akhirnya ku kecapi apa ku ingini
Selama ini

Jawapan kepastian hadir mewarnai
Kau lafazkan tanpa sangsi
Tak terlintas di hati untuk ku nafikan
Satu kebenaran

Chorus
Kata-kata penuh bererti jadi realiti
Bila-bila ku merindu hadir mu ku tunggu
Bila saja kau di sisi
Bahagia ku rasa
Kasihku yang satu
Moga cahaya cinta
Kekal untuk selamanya

Syukur pada yang Esa
Kerana izinNya
Pudar segala pancaroba
Tak dapat ku hindarkan suatu keasyikan
Indah bersama

Ulang Chorus

Walau badai melanda
Akan ku rempuh dengan sabar
Demi kebahagiaan kita

Ulang Chorus 2X

Kata-kata penuh bererti jadi realiti
Bila-bila ku merindu hadir mu ku tunggu